Pemerintahan sementara

Pemerintahan sementara difahamkan sebagai merupakan suatu badan yang memerintah buat sementara waktu (yakni kerajaan sementara atau pemerintah sementara[nota bahasa 1]) Pemerintahan sebegini boleh dilakukan apabila sesebuah kerajaan dalam sistem parlimen dikalahkan dalam undi tidak percaya, atau dalam kes di mana sesebuah kerajaan dibubuarkan dan digantikan dengan pemerintahan sementara sehingga pilihan raya diadakan dan kerajaan baharu dipilih. Di beberapa negara yang menggunakan sistem pemerintahan Westminster, kerajaan atau pemerintah sementara dipertanggungjawabkan untuk meneruskan operasi atau perkhidmatan dalam tempoh interim semasa pembubaran parlimen untuk tujuan mengadakan pilihan raya dan pembentukan pemerintahan baru selepas keputusan pilihan raya diketahui. Dalam sistem kerajaan campuran, pemerintahan sebegini boleh dibentuk buat sementara waktu sehingga rundingan membentuk kerajaan atau pemerintah gabungan baru dapat diputuskan. Ia sering berlaku apabila keputusan pilihan raya tidak memberi majoriti kepada mana-mana parti. Pemerintahan sementara akan bertanggungjawab dalam menguruskan isu harian dan menyediakan peruntukan untuk perbincangan, tetapi tidak dibenarkan memperkenalkan barisan kerajaan atau memperkenalkan undang-undang kontoversi. Ia juga sering ditubuhkan berikutan peperangan atau kejadian perubahan politik yang drastik, misalnya selepas penggulingan sesebuah ketua negara seperti raja ataui diktator. Ia akan terus beroperasi sehingga pemerintahan demokratik yang stabil dapat dipulihkan, atau dibina.